Search This Blog

Sunday, August 8, 2010

NukiLan~


Tiada Nafas

Aku tiada nafas untuk berlari,
Langkah terhenti namun masih menanti
Menanti suatu yang belum pasti
Entah bila akan terjadi
Cinta itu akan kembali?

Aku tiada nafas untuk terbang
Terbang mencari cinta yang hilang
Masih mencari hingga ke bintang
Entahkan masih ada peluang
Cinta itu akan pulang?

Kekasih, hatiku merintih
Kau pergi meninggalkan sedih
Tiada lagi perasaan kasih
Hati terguris sangat pedih
Cinta hati kini disisih

Kekasih, aku mahu kau tahu
Cinta itu hanya untukmu
Walau tiada makna buatmu
Namun aku masih mahu kau tahu
Cinta itu hanya untukmu

Kekasih, tiada lagi nafas untukku berlari
Cukuplah sekadar aku disini
Walau hanya berteman sepi
Biarlah cinta itu pergi
Pergi jauh dari hati
by : hazwani

No comments: